Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”
Riwayat at-Tirmidzi
Huraian
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.
2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (al-Anbia’: 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.
4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Kasihkan Nabi bermakna kasihkan Allah s.w.t. Cintakan Nabi s.a.w bermakna cintakan Allah s.w.t.Maka berselawatlah untuk memperolehi syafaat Nabi s.a.w. di hari Qiamat
Total Pageviews
Popular Posts
-
Assalamualaikum WW., “ Subhannallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Allahu Akbar !” Kita semua menyadari bahwa HIDUP INI HANYALAH SESAA...
-
Subhanallah ternyata wanita itu lebih mulia daripada laki-laki mau tau alasannya kenapa wanita lebih mulia daripada laki-laki simak beber...
-
Penunjuk Arah Kiblat Cara praktis menentukan arah kiblat dengan menggunakan peta Google. Sebuah layan...
-
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net SOALAN Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika...
-
Khasiat Surah Al-Waqiah Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabd...
-
Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi s.a.w. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh ...
-
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehi...
-
Listen now with ...
-
Allah Tambah Nikmat Jika Bersyukur Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rah...
alhamdullilah baca blog ni dapat csecebis ilmu untuk renungan
ReplyDelete