Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, December 2, 2010

Orang yg bijaksana

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”

Riwayat at-Tirmidzi



Huraian
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.
2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (al-Anbia’: 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.
4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Kitab dari langit

Kitab dari langit: "
Dokumentari ini adalah hasil daripada produksi Noreaga dan pasukannya, mengandungi 10 siri episod tentang kesamaan yang dinafikan antara dua agama yang paling besar di dunia iaitu Kristian dan Islam, dan perbezaan yang dibuat oleh kebodohan manusia. Kisah ini menyelami sifat Tuhan Yang Maha Esa, dan satu mesej besar yang sama disampaikan oleh Nabi Musa, Isa, dan Muhammad. Semuanya nabi-Nya.

Dokumentari ini harus ditonton oleh setiap orang yang mencari kebenaran mutlak tentang ilahi. Harap sangat meluangkan masa untuk menghabiskan kesemua siri-siri ini dan insyaallah dapat mengukuhkah lagi akidah kita semua. Terima kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz atas video-video ini dan terjemaahannya.




















"